Kamis, 27 Februari 2014
Wajah Anak Sulung Zed Zaidi
Anda sudah melihat wajah anak Zed Zaidi? Admin kongsikan wajah comel anak sulung Zed Zaidi dan isteri, Nelly Natalia yang telah dilahirkan pada awal pagi tadi di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya.
Bayi lelaki yang diberi nama Ryan Riqry ini dilahirkan melalui teknik pembedahan dengan berat 4.32 kilogram.Tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga Ryan akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Sumber : Media Hiburan
Rabu, 26 Februari 2014
Daun 10 000 sokong Lynas kumpul di Teluk Cempedak
24 Jun 2012
KUANTAN - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (Daun) berjaya menarik kira-kira 10,000 orang untuk berhimpun di Teluk Cempedak di sini semalam bagi menyokong usaha dan dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di sini.
Penyelaras Daun, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, antara program yang dilaksanakan dalam perhimpunan itu yang berlangsung dari awal pagi hingga tengah malam tadi adalah menanam pokok yang diberi nama Lynas sebagai gimik sokongan.
Aktiviti lain ialah senaman, persembahan kebudayaan, meditasi alam dan penerangan mengenai operasi kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd menerusi skrin besar, katanya kepada pemberita di sini.
"Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya.
"Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya.
"Dan, majoriti yang hadir merupakan golongan muda dari serata pelosok tanpa dinaungi atau didalangi oleh mana-mana parti politik," katanya.
Katanya, Daun juga akan ke sekolah, kawasan rukun tetangga dan lain-lain tempat untuk memberi penerangan dan ceramah dan mengedarkan buku penerangan mengenai operasi kilang Lynas.- Bernama
BTMMARI
FRU dan POLIS menurut arahan siapa untuk menyelamatkan KILANG LYNAS DARI DICEROBOH RAKYAT?
Penyokong keamanan atau penyokong tegar UMNO?Layannn je kamera
MENGAPA POLIS DAN FRU BEGITU GIGIH MEMPERTAHAN KAN KILANG LYNAS????ARAHAN SIAPA??
BTMMARI
FRU dan POLIS menurut arahan siapa untuk menyelamatkan KILANG LYNAS DARI DICEROBOH RAKYAT?
Penyokong keamanan atau penyokong tegar UMNO?Layannn je kamera
MENGAPA POLIS DAN FRU BEGITU GIGIH MEMPERTAHAN KAN KILANG LYNAS????ARAHAN SIAPA??
Selasa, 25 Februari 2014
5 Bandar Ini Dijangka Akan Tenggelam Tidak Lama Lagi
Isu banjir bukan masalah baru, tetapi ia merupakan satu bencana yang perlu kita atasi dan fikirkan bagaimana untuk mengelakkan ia berulang kembali. Namun ia bukanlah satu perkara yang mudah, kerana sistem saliran dengan pertambahan takathujan yang banyak, menyebabkan saliran boleh melimpah. Jom kita ketahui apakah bandar yang disenaraikan di bawah ini dijangka akan tenggelam?
Musibah banjir sedang melanda dibeberapa buah negara, di bawah ini terdapat laporan yang menyatakan bandar-bandar yang dijangka akan tenggelam kerana bencana banjir. Sila ikuti laporannya.
1. Bangkok
Pada tahun 2100, Bangkok dijangkakan menjadi Atlantis kedua. Ibukota Thailand tersebut tenggelam disebabkan beberapa faktor, antara lain perubahan iklim kerana kesan rumah kaca, naiknya permukaan air laut, hakisan pantai, dan pergeseran tanah.
Janggkaan tersebut dikemukakan oleh Pusat Peringatan Bencana Nasional Thailand Smith Dharmasaroja. Oleh sejumlah pihak, jangkaan Smith ditanggap sangat serius. Sebelum ini dia sudah meramalkan adanya Tsunami di sekitar Samudera Hindia pada tahun 2004.
Selain itu, letak yang berada 1,5 meter di bawah permukaan laut menyebabkan Bangkok selalu mengalami banjir setiap tahun.
2. Ho Chi Minh City
Salah satu kota di Asia Tenggara yang terancam tenggelam adalah Ho Chi Minh City. Setiap tahun,ketinggian banjir meninggi setinggi 2 sentimeter. Urbanisasi diyakini sebagai sumbangan besar dalam peningkatan suhu cuaca, turunnya hujan dan bencana banjir dalam dua tahun terakhir.
3. Shanghai
Struktur tanah yang dipenuhi oleh bangunan pencakar langit, menyebabkan permukaan tanah Shanghai menurun setengah inchi setiap tahun.
Keperluan akan bangunan pencakar langit tersebut merupakan imbasan dari melonjaknya populasi penduduk Shanghai. Pada tahun 2001, penduduk kota yang berada di muara Sungai Yangze ini berjumlah 20 juta orang.
4. Mumbai
Pada tahun 2008, Kelompok aktiviti Greenpeace memperkirakan, pada tahun 2100, kota Mumbai akan tenggelam oleh air laut. Naiknya air laut hingga 5 meter disebabkan oleh cairan kutub ais.
Dalam laporan yang berjudul ‘Iklim Migran di Asia Selatan’ Greenpeace Ais kutub cair disebabkan oleh meningkatnya suhu bumi hingga 4-5 darjah kerana pemanasan global.
5. Jakarta
Selain tempat geografi yang berada di bawah permukaan air laut, keperluan akan air tanah yang tinggi disyaki menjadi salah satu penyebab tenggelamnya daratan Jakarta. Populasi penduduk yang terus meningkat menjadi alasan utama keperluan akan air tanah. Dalam kurun waktu 20 tahun ke depan, diperkirakan jumlah penduduk di Ibukota meningkat hingga 40 juta orang.
Pakar hidrologi asal Belanda, JanJaap Brinkman menjelaskan, jika proses penyedutan air yang terus-menerus dilakukan tidak segera dihentikan, di akhir abad, Jakarta akan tenggelam.
“Jika ekstraksi (penyedutan) air tanah tidak segera dihentikan, di penghujung abad, Jakarta akan tenggelam dengan kedalaman lima hingga enam meter,” jelasnya seperti dikutip theatlanticcities.com.
P/S: Bencana Alam di dunia kini semakin menjadi2, salah satunya ialah tangan2 manusia sendiri seperti HARRP High Frequency Auroral Project untuk mengubah mengnet bumi dengan pengionan menyebabkan Bencana boleh berlaku seperti Taufa, Hujan, Kemarau, Banjir Dan Mengawa Minda manusia! Itulah Konspirasi Amerika Iaitu Depopulation.
Musibah banjir sedang melanda dibeberapa buah negara, di bawah ini terdapat laporan yang menyatakan bandar-bandar yang dijangka akan tenggelam kerana bencana banjir. Sila ikuti laporannya.
1. Bangkok
Pada tahun 2100, Bangkok dijangkakan menjadi Atlantis kedua. Ibukota Thailand tersebut tenggelam disebabkan beberapa faktor, antara lain perubahan iklim kerana kesan rumah kaca, naiknya permukaan air laut, hakisan pantai, dan pergeseran tanah.
Janggkaan tersebut dikemukakan oleh Pusat Peringatan Bencana Nasional Thailand Smith Dharmasaroja. Oleh sejumlah pihak, jangkaan Smith ditanggap sangat serius. Sebelum ini dia sudah meramalkan adanya Tsunami di sekitar Samudera Hindia pada tahun 2004.
Selain itu, letak yang berada 1,5 meter di bawah permukaan laut menyebabkan Bangkok selalu mengalami banjir setiap tahun.
2. Ho Chi Minh City
Salah satu kota di Asia Tenggara yang terancam tenggelam adalah Ho Chi Minh City. Setiap tahun,ketinggian banjir meninggi setinggi 2 sentimeter. Urbanisasi diyakini sebagai sumbangan besar dalam peningkatan suhu cuaca, turunnya hujan dan bencana banjir dalam dua tahun terakhir.
3. Shanghai
Struktur tanah yang dipenuhi oleh bangunan pencakar langit, menyebabkan permukaan tanah Shanghai menurun setengah inchi setiap tahun.
Keperluan akan bangunan pencakar langit tersebut merupakan imbasan dari melonjaknya populasi penduduk Shanghai. Pada tahun 2001, penduduk kota yang berada di muara Sungai Yangze ini berjumlah 20 juta orang.
4. Mumbai
Pada tahun 2008, Kelompok aktiviti Greenpeace memperkirakan, pada tahun 2100, kota Mumbai akan tenggelam oleh air laut. Naiknya air laut hingga 5 meter disebabkan oleh cairan kutub ais.
Dalam laporan yang berjudul ‘Iklim Migran di Asia Selatan’ Greenpeace Ais kutub cair disebabkan oleh meningkatnya suhu bumi hingga 4-5 darjah kerana pemanasan global.
5. Jakarta
Selain tempat geografi yang berada di bawah permukaan air laut, keperluan akan air tanah yang tinggi disyaki menjadi salah satu penyebab tenggelamnya daratan Jakarta. Populasi penduduk yang terus meningkat menjadi alasan utama keperluan akan air tanah. Dalam kurun waktu 20 tahun ke depan, diperkirakan jumlah penduduk di Ibukota meningkat hingga 40 juta orang.
Pakar hidrologi asal Belanda, JanJaap Brinkman menjelaskan, jika proses penyedutan air yang terus-menerus dilakukan tidak segera dihentikan, di akhir abad, Jakarta akan tenggelam.
“Jika ekstraksi (penyedutan) air tanah tidak segera dihentikan, di penghujung abad, Jakarta akan tenggelam dengan kedalaman lima hingga enam meter,” jelasnya seperti dikutip theatlanticcities.com.
P/S: Bencana Alam di dunia kini semakin menjadi2, salah satunya ialah tangan2 manusia sendiri seperti HARRP High Frequency Auroral Project untuk mengubah mengnet bumi dengan pengionan menyebabkan Bencana boleh berlaku seperti Taufa, Hujan, Kemarau, Banjir Dan Mengawa Minda manusia! Itulah Konspirasi Amerika Iaitu Depopulation.
Senin, 24 Februari 2014
Parti Liar diserbu polis
TAHAN…antara peserta parti terbabit yang ditahan dibawa dengan bot APMM.
KUANTAN: Dengan mengenakan bayaran serendah RM150 setiap seorang, dua juruhebah (DJ) bebas dikesan menubuhkan satu laman web sosial bagi menarik perhatian peminat muzik tekno sebelum menganjurkan parti ‘Tekno Underground’ sempena sambutan malam kemerdekaan di Teluk Juara, Pulau Tioman, Rompin, pagi kelmarin.
Bagi peminat muzik itu yang mahu menyertai parti liar terbabit, mereka perlu mematuhi syarat wajib penganjur iaitu pertama, berpakaian ala Hawaii, kedua, menghisap syabu dan ketiga, pil Ecstasy yang dibekalkan penganjur.
Difahamkan, dua penganjur terbabit sudah menutup akaun laman web sosial berkenaan pada 25 Ogos lalu selepas menarik 24 individu termasuk beberapa gadis yang meminati muzik berkenaan.
Pada masa sama, dua penganjur terbabit dikatakan memperuntukkan lebih RM1,000 bagi menyediakan kemudahan penginapan, makan serta minum kepada semua peserta - KakiBising
Minggu, 23 Februari 2014
Simpan Kereta Curi Di Hospital
KLANG : Taktik kumpulan penjenayah yang menjadikan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini sebagai tempat menyembunyikan kereta curi terbongkar selepas polis menemui lima buah kereta curi di kawasan tempat letak kereta di premis itu Sabtu lalu.
Ketika ditemui pada pukul 12 tengah hari itu, salah sebuah kereta terbabit didapati dijadikan tempat untuk suspek menyembunyi enam bilah parang, enam topeng ski, enam sarung tangan getah dan tiga helai jaket disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pembongkaran bermula apabila polis menjalankan rondaan di hospital itu sejak dua minggu lalu.
Katanya, polis kemudian membuat pemeriksaan selepas curiga apabila mendapati kereta itu tidak beralih di tempat letak kereta terbuka itu selama seminggu.
“Semakan mendapati kereta yang tidak berkunci dan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu dicuri di Batu 9 Cheras, Kajang, Bestari Jaya dekat sini dan Nibong Tebal, Pulau Pinang.
“Sebuah kereta Proton Waja pula mengandungi peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, kumpulan terbabit dipercayai menjadikan HTAR sebagai tempat meletakkan kereta curi sebelum dijual atau digunakan untuk melakukan jenayah.
Menurut Mohamad, pihaknya masih belum membuat tangkapan dan masih menyiasat mengapa penjenayah memilih hospital untuk meletakkan kereta curi itu.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohamad berkata, polis menahan lima pencuri kereta mewah dan merampas 10 paket syabu, sebuah kereta Honda Accord, 11 keping nombor plat kenderaan dan dua rangkai anak kunci kereta Jaguar dan Porsche Ahad lalu.
Tangkapan pertama dilakukan di sebuah hotel di Taman Chi Liung di sini bersama kereta Honda Accord yang dicuri di Pudu, Kuala Lumpur sebelum polis menahan empat lagi termasuk seorang wanita di sekitar Klang.
Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Kosmo
Sabtu, 22 Februari 2014
Chelsea Tottenham Mula Langkah Kanan
Chelsea memulakan kempen Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian pengurus baru, Jose Mourinho dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan pendatang baru, Hull City 2-0 di Stamford Bridge, malam tadi.
Terdahulu pada satu lagi perlawanan malam tadi, jaringan tunggal menerusi sepakan penalti Roberto Soldado pada minit ke-50 memberikan tiga mata penuh kepada Tottenham dengan menewaskan Crystal Palace 1-0 di tempat lawan.
Di Stamford Bridge, Frank Lampard mensesiakan sepakan penalti Chelsea seawal minit ke-6 apabila diselamatkan penjaga gol lawan, namun pasukan tuan rumah itu akhirnya berjaya memperolehi gol pertama menerusi Oscar pada minit ke-13.
Lampard kemudian berjaya menebus kesilapan awalnya itu dengan menjaringkan gol kedua Chelsea menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-25.
Penggunaan teknologi garisan gol yang mula diperkenalkan musim ini teruji pada masa kecederaan babak pertama apabila tandukan Branislav Ivanovic yang diselamatkan penjaga gol Hull, Allan McGregor tidak dikira gol kerana dikesan belum melepasi garisan gol.
Selesai sembilan perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris musim baru pada Sabtu dan Ahad, tinggal satu saja lagi perlawanan yang belum berlangsung iaitu Manchester City bertemu Newcastle, jam 3 pagi esok.
Jumat, 21 Februari 2014
PDRM Bakal Peroleh Aset Baharu
PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperoleh tujuh aset baharu dalam tempoh terdekat untuk memantapkan lagi tugasan pasukan itu.
Beliau berkata aset berkenaan merupakan alat komunikasi dan teknologi maklumat serta peralatan bagi sistem pengumpulan penganalisaan maklumat jenayah, khusus untuk Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.
Selain itu, PDRM juga akan menerima peralatan tambahan forensik untuk mengukur keupayaan dan keberkesanan penyiasatan di tempat-tempat kejadian, katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri ’3rd General Police and Special Equipment Exhibition and Conference Asia’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
“Selain itu sebanyak 1,000 lagi motosikal akan ditambah dalam kita mengetengahkan lagi unit rondaan bermotosikal untuk mecegah jenayah pecah rumah di taman-taman perumahan,” katanya.
Khalid berkata PDRM juga memerlukan kenderaan peronda jenis kereta pacuan empat roda untuk kegunaan di pantai timur Sabah bagi menangani masalah yang berlaku di sana.
“Untuk tempoh terdekat ini kita perlukan sekurang-kurangnya 10 kenderaan pacuan empat roda. Bukan berbentuk kereta perisai pengangkut tetapi trak pikup perisai yang sesuai untuk muka bumi di pantai timur Sabah,” kata Khalid.
Menurutnya, keperluan lain termasuklah peralatan tambahan bagi mengukuhkan keselamatan di Sabah antaranya jaket kalis peluru, topi keledar balistik, senjata api, peluru dan kenderaan perisai.
Selain itu PDRM juga akan membeli 30 lagi kuda tambahan untuk unit berkuda PDRM bertujuan mengawal rusuhan dan mencegah jenayah, katanya.
“Ini adalah usaha kita untuk memantapkan dan memodenkan lagi penugasan pasukan PDRM untuk tempoh jangka pendek melalui tujuh aset yang akan kita peroleh ini,” katanya.- BERNAMA
Kamis, 20 Februari 2014
Lelaki yang adakan hubungan seks dengan basikal sedang diburu polis
myMetro
Stockholm: Polis di Sweden melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang dirakam mengadakan seks dengan basikal.
Lelaki itu dilihat melakukan perbuatan itu selepas pemilik basikal berkenaan memasang kamera litar tertutup di luar rumah untuk menangkap orang yang sering membocorkan tayar basikalnya.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian tutup kepala mencelapak di atas tayar belakang sambil memegang kertas.
Dia kemudian memancitkan tayar itu dan beronani ketika ia kempis.
Polis di bandar Osterlund melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada perbuatan lelaki itu ada kaitan dengan beberapa kejadian jenayah di kawasan berkenaan pada 2007.
Ketika itu, seorang lelak yang berusia kira-kira 35 tahun ditangkap kerana memancitkan tayar 20 basikal sebelum beronani sambil mencelapak di atas basikal berkenaan.
Sementara itu, pemilik basikal Per Edstrom berkata, dia tidak mendendami lelaki berkenaan sebaliknya hanya mahu dia menghentikan perbuatannya itu.
“Saya tidak takut dengan dia. Hanya sakit hati kerana sentiasa terpaksa membetulkan tayar basikal saya,” kata Edstrom. - AP
Rabu, 19 Februari 2014
KETAHUI POKOK GHARQAD DAN TEMBOK YAHUDI
POKOK GHARQAD |
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya.
Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.
Pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad. |
Kaum Yahudi percaya pokok inilah yang akan melindungi mereka kelak |
LIHAT VIDEO :
Inilah buah Gharqad pokok yahudi |
Konon, Kempen Kerajaan haram Israel "Projek Menghijaukan bumi" |
TEMBOK PEMISAH (GHETTO ABAD 21)
Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah). Tembok dengan ketinggian 8 meter ini, dua kali ganda ketinggian tembok Berlin dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini.
" Mereka tidak akan memerangi Ente dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok" ( al-Hasyr : 14 )
Umat Islam yang beriman tidak perlu gusar dengan tembok dan pohon Gharqad ini kerana kewujudannya adalah petanda ketibaan saat kemusnahan orang-orang Yahudi. Penghijrahan orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin sangat-sangat dialukan walaupun ia menuntut pengorbanan yang sangat besar. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah, saat-saat kemusnahan Yahudi hampir tiba.
maahadsas.edu.my
Selasa, 18 Februari 2014
Pereka RSS Aktivis Digital Bunuh Diri
NEW YORK – Aaron Swartz, yang sebelum ini pernah membangunkan RSS dan Reddit sebelum menjadi aktivis digital, membunuh diri kelmarin.
Menurut jurucakap pejabat perubatan New York, Ellen Borakove, mayat Swartz ditemui di Brooklyn petang kelmarin.
Beliau berusia 26 tahun itu dan ditemui mati dengan menggantung diri.
Swartz sebelum ini dibelenggu masalah undang-undang yang berbangkit akibat aktiviti agresif beliau dan turut menghadapi masalah kemurungan, antara satu perkara peribadi yang beliau kongsikan dalam blog peribadinya, lapor CNN.
Seorang aktivis teknologi, Cory Doctorow mendedahkan melalui blognya yang Swartz sudah menghadapi masalah kemurungan sejak bertahun-tahun lalu.
“Apa saja masalah yang dihadapi, bunuh diri bukanlah satu penyelesaian, apa saja masalah yang dihadapi Swartz, pasti ada penyelesaian,” tambah beliau.
Pada usia 14, beliau pernah bersama-sama Swartz menulis bagi spesifikasi RSS.
Swartz kemudian meneruskan pengajian di Universiti Stanford tetapi digugurkan setahun selepas menulis di dalam blognya.
Beliau kemudian membantu membangunkan Reddit, lama web berita sosial yang kemudian dibeli oleh penerbit Conde Nast pada tahun 2006.
Swartz kemudian terlibat dengan aktiviti internet digital melibatkan kempen penapisan internet besama Demand Progress.
Pada tahun 2011, beliau ditangkap di Boston atas dakwaan terlibat dengan penipuan komputer dan mendapatkan dokumen dalam komputer secara haram.
Beliau didakwa mencuri berjuta-juta dokumen online dari Massachusetts Institute of Technology dan mengaku bersalah pada September lalu.
Dua tahun sebelum itu, FBI menjalankan siasatan terhadap beliau, dipercayai mengeluarkan berjuta-juta dokumen mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) melalui internet.
Pada 27 November 2007, beliau ada menulis dalam blognya mengenai tekanan perasaan yang dihadapinya.
“Sesungguhnya jika anda bersedih, mungkin orang yang anda sayang telah pergi meninggalkan anda. Mungkin anda menangis dan berasa tidak bernilai,” katanya melalui blog.
“Semua yang anda fikirkan seolah-olah suram. Perkara yang anda lakukan, apa yang anda harapkan ke atas orang-orang sekeliling anda. Anda hanya mahu berbaring di atas katil dan menyimpan tekanan perasaan sendirian,” katanya.
“Anda mungkin memberitahu diri anda sendiri yang ia hanyalah gangguan perasaan yang anda perlu mendapatkan kehidupan sendiri. Anda juga akan merasakan jalur-jalur kesakitan di segenap tubuh dan cuba melarikan diri dari keadaan itu dan dengan cara ini, adalah salah satu bentuk yang sederhana,” ujar beliau. – SinarHarian
Senin, 17 Februari 2014
KENAPA MAKAN LIMAU DAN TARIAN SINGA SEJARAH LENGKAP TAHUN BARU CINA GONG XI FA CAI
Kenapa Makan Limau dan Tarian Singa | Sejarah Tahun Baru Cina | Happy Chinese New Year | Gong Xi Fa Cai
Sejarah Tahun Baru Cina
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Malam Tahun Baru Cina
Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.
Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.
Chap Goh Mei
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.
Minggu, 16 Februari 2014
VIDEO Penyanyi Cilik TEGAR Mengaku Hidu Gam Sebelum Jadi Artis
Penyanyi kelahiran tanah seberang, Tegar, 12, yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu mengakui pernah menghidu gam dan merokok sebelum bergelar artis popular seperti sekarang.
“Saya sudah tidak hidu gam lagi. Sudah berhenti merokok. Saya juga rindu sama teman-teman,” katanya memetik kenyataan Malaysian Digest.
Tegar kini berada di Malaysia.”Saya tidak pernah sangka nasib saya berubah begini dan saya jadi penyanyi. Penat juga ya, jadi orang kaya, tapi ya, Alhamdulillah.
Walaupun kehidupannya kini boleh dikatakan senang, namun penyanyi cilik ini berkata dia tidak pernah melupakan saat-saat sukar yang pernah dilalui sepanjang menjadi penyanyi jalanan sebelum disunting menjadi artis rakaman.
Dalam perkembangan lain, pihak pengurusan Tegar bercadangn untuk menerbitkan novel dan juga filem yang menceritakan pengalaman hidup Tegar dan penggambaran filem itu dijangka akan bermula pada bulan hadapan.
Oleh: AUDREY LEE
Mynewshub
Sabtu, 15 Februari 2014
Peniaga diberi amaran tak naik harga barang
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak menaikkan harga barang kawalan sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak RON 95 serta diesel sebanyak 20 sen seliter mulai hari ini.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata seramai 1,845 pegawai penguat kuasa di seluruh negara serta 1,701 pegawai pemantau harga sudahpun melakukan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga memanipulasi kenaikan harga minyak.
Beliau berkata kementerian amat tegas dalam menangani masalah itu dan bertindak berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Saya akan memberi nasihat terlebih dahulu kepada peniaga yang ingkar, tetapi kalau tidak ikut, saya akan beri amaran dan mengambil tindakan kalau masih berdegil," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini hari ini.
Hasan juga berkata kenaikan harga barangan tidak sepatutnya berlaku kerana dari segi bekalan, semuanya mencukupi. - Bernama
Jumat, 14 Februari 2014
Inilah 3 Gaya Foto Panas Polwan Brigadir RS
Pasca beredarnya sebuah foto bugil polisi wanita (polwan) Brigadir RS, kini muncul foto-foto yang lainnya. Bahkan, ada tiga gaya dalam foto-foto tersebut. Apa saja gayanya?
Brigadir RS merupakan anggota Polda Lampung. Pertama kali fotonya beredar di situs jejaring sosial Facebook dan membuat heboh dunia maya.
Gadis cantik yang telah lima tahun menjabat sebagai sekretaris pribadi Kapolda Lampung Brigjen Heru Winarko, itu mengambil foto sendiri dengan kamera handphone.
Foto yang pertama diambil dari depan cermin kamar tidurnya tampak Brigadir RS tanpa dibalut sehelai benang tengah mengabadikan fotonya.
Sementara di belakangnya terlihat seragam polisi yang tergantung di pintu kamar.
Sedangkan untuk foto kedua dan ketiga tidak jauh berbeda, yakni Brigadir RS tampak merebahkan dirinya di atas tempat tidur. Seluruh tubuhnya terlihat dari atas yang juga tidak mengenakan busana.
Menurut keterangan Kadiv Humas Polri, Irjen Rony F. Sompie, bahwa foto-foto syur itu disebarkan oleh mantan kekasih Brigadir RS yang kini sudah diamankan polisi.
Diduga, foto itu disebar lantaran pelaku kesal mengetahui Brigadir RS selingkuh.
"Mungkin karena cemburu atau sakit hati," kata Rony yang mengaku mendapat keterangan itu dari Kapolda Lampung, Brigjen Heru Winarko.
Sejak foto itu menyebar di dunia maya, Brigadir RS telah dibebas tugaskan. Hal ini sesuai dengan sanksi prosedur yang ada di tubuh Polri terhadap anggotanya.
Brigadir RS merupakan anggota Polda Lampung. Pertama kali fotonya beredar di situs jejaring sosial Facebook dan membuat heboh dunia maya.
Gadis cantik yang telah lima tahun menjabat sebagai sekretaris pribadi Kapolda Lampung Brigjen Heru Winarko, itu mengambil foto sendiri dengan kamera handphone.
Foto yang pertama diambil dari depan cermin kamar tidurnya tampak Brigadir RS tanpa dibalut sehelai benang tengah mengabadikan fotonya.
Sementara di belakangnya terlihat seragam polisi yang tergantung di pintu kamar.
Sedangkan untuk foto kedua dan ketiga tidak jauh berbeda, yakni Brigadir RS tampak merebahkan dirinya di atas tempat tidur. Seluruh tubuhnya terlihat dari atas yang juga tidak mengenakan busana.
Menurut keterangan Kadiv Humas Polri, Irjen Rony F. Sompie, bahwa foto-foto syur itu disebarkan oleh mantan kekasih Brigadir RS yang kini sudah diamankan polisi.
Diduga, foto itu disebar lantaran pelaku kesal mengetahui Brigadir RS selingkuh.
"Mungkin karena cemburu atau sakit hati," kata Rony yang mengaku mendapat keterangan itu dari Kapolda Lampung, Brigjen Heru Winarko.
Sejak foto itu menyebar di dunia maya, Brigadir RS telah dibebas tugaskan. Hal ini sesuai dengan sanksi prosedur yang ada di tubuh Polri terhadap anggotanya.
Kamis, 13 Februari 2014
Lelaki Kebal Bisa Ular Sudah Dipatuk 100 Ekor Ular
Milwaukee – Tim Friede telah digigit oleh lebih 100 ekor ular yang berbisa namun dia terselamat kerana bekas pekerja kilang ini kebal terhadap bisa ular.
Jelasnya, dia menjadi imune dengan bisa ular selepas menyuntik dirinya dengan venom, dan sejak itu dirinya kebal meskipun dipatuk ular beracun.
Antara ular yang pernah mematuk lelaki ini adalah black mamba, iaitu sejenis ular paling berbisa dan kebiasaannya akan membunuh mangsa dalam tempoh 20 minit sahaja.
Selain itu, Friede juga terselamat daripada patukan ular tedung selar.
Menurutnya, jika orang ramai melihat ular berbisa itu mematuknya, mereka akan terkejut dan bertanya sama ada dia akan mati.
“Saya akan membiarkan ular tersebut mematuk saya.
“Ia umpama melepaskan satu tekanan yang tinggi,’’ katanya.
Friede kerap kali menjalani pemeriksaan doktor bagi memastikan buah pinggang dan hatinya tidak rosak akibat kerja-kerja bahaya yang dilakukannya itu.
Dia kini menyimpan berpuluh-puluh ekor ular beracun di bilik bawah tanah dan bekerja keras bagi mengtinjauankan ubat yang dapat memulihkan mangsa yang dipatuk ular di seluruh dunia.
“Saya berharap dapat mengtinjauankan ubat yang dapat menahan racun bisa ular. Ketika ini kebanyakan mangsa adalah dari Asia dan Afrika,’’ katanya. sumber
Rabu, 12 Februari 2014
Reality Show Teraneh Di Dunia
Reality Show Teraneh Di Dunia, Entah karena bosan atau tidak menarik lagi,para produser sekarang beralih dari menyajikan film ber-script ke reality show yang nyata.Karena tanpa skenario inilah tema dari reality show memegang kartu mati dari acara itu sendiri.Semakin extreme dan gila temanya,makin banyak penontonnya..Hasilnya,beberapa reality show yang bisa dibilang bener-bener gak masuk akal untuk ukuran sebuah tayangan televisi dibuat..Adakah agan-agan yang berminat jadi peserta salah satu acaranya??
Berikut Reality Show Teraneh Di Dunia
1.The 1900 House
Berikut Reality Show Teraneh Di Dunia
1.The 1900 House
Sekitar 400 keluarga mencoba berpartisipasi dalam acara ini.Inti dari reality show tersebut adalah membawa keluarga modern dan membuat mereka menjalani kehidupan ala tahun 1900an.Mereka harus tinggal di dalam rumah selama 3 bulan.Tapi bukan sembarang rumah,rumah ini didesain ala jaman victoria dengan 3 kamar tidur,dapur,ruang makan,dan ruang seni serta kamar mandi di luar rumah.
TANPA LISTRIK DAN AIR KERAN..dan mereka harus bisa menjalani itu semua dengan seluruh anggota keluarga berpartisipasi-maksudnya biar punya bayi ataupun orang tua di keluarga ya kudu ikut..bayangin susahnya ngurus orang-orang rapuh tanpa listrik dan air
2. Married by America
Acara ini tidak bertahan lama dan hanya berjalan 1 season pada 2003.Para kontestan diperkenalkan secara langsung lewat TV dan penonton memilih pria dan wanita yang mereka suka.Setelah itu mereka akan DINIKAHKAN secara live.Beberapa minggu sebelumnya mereka akan tinggal bersama agar tahu satu sama lain diberi fasilitas layaknya orang bulan madu.Ending dari acara ini,sang mempelai pria membatalkan pernikahan dan meninggalkan mempelai wanita yang patah hati di altar..-daftar acara ginian buat kimpoi sama orang gak dikenal?kayaknya enggak deh...
3. The Monastery
Acara aslinya sudah disiarkan pada 2005 lalu.Inti acara ini adalah menempatkan sekumpulan orang Atheis untuk hidup bersama ahli agama(pendeta,kyai,bhiksu..dsb)dan selama itu pula mereka dilarang menyinggung agama orang di sekitar mereka.
Akhir dari acara ini sangat dramatis,karena membuat beberapa kontestan beralih menjadi biarawan/biarawati dan beberapa lainnya menjadi muallaf.Tidak ada satupun yang masih atheis.
4. Hes a Lady
Para kontestan yang merupakan 11 pria-pria sangar awalnya ditawari untuk ikut dalam acara reality show extreme challenge yang menguji fisik dan mental.Kemudian baru disadari bahwa acara yang mereka ikuti benar-benar berbeda 180 derajat.
Mereka harus dapat berbaur dengan para wanita asli,berdandan,mengenakan perhiasan,menjadi pendamping wanita,dan puncaknya mengikuti kontes kecantikan untuk memenangkan hadiah.-kebalikan dari acara Be A Man punya indonesia
5.Boy Meet Boy
Dari namanya saja sudah bisa ditebak kan.Yupz..acara ini memang sebuah kontak jodoh untuk gay.Seorang gay bernama James Getzlaff mencari sosok pria idaman untuk menjadi pasangannya dan 15 orang pria berlomba merebut hatinya.
Acara kencan,party,dan liburan bersama harus mereka lewati satu per satu untuk mengenal satu sama lain.-gak usah ditanya lagi deh..gak bisa bayangin gimana tiap episodenya..2 orang cowok kekar pandang-pandangan sambil dengerin lagu my heart will go on
sumber
Selasa, 11 Februari 2014
Ditangkap kerana memperkosa itik
NET
ILUSTRASI
Polis Turki menahan seorang lelaki, kerana dipercayai memperkosa seekor itik.
Menurut pemberitaan Harian Haberturk yang dikutip The Mirror, pada 17/9/2012 ,lelaki berumur 50 tahun dituduh memp erkosa seekor itik, di Provinsi Bursa Bursa, Marmara, Turki.
Kes ini diketahui setelah ada pengaduan dari bapa mertua si pemerkosa itik itu, yang namanya tidak disebutkan.
Ketika menginap di rumah menantunya di suatu hari, si bapa mertua mengaku melihat aksi kekerasan seksual terhadap seekor itik.
Bapa mertua mengaku menemukan bulu dan darah di tempat tidur, juga seekor itik. Bahkan, menurut sang bapa mertua, itik itu tampak tak boleh berjalan lagi setelah diperkosa.
Tak cukup sampai di situ, esok harinya, sang ibu mertua juga mengaku menemukan kemeja berdarah milik menantunya, yang tersangkut di pohon dekat rumah.
Itik itu, menjalani beberapa operasi setelah kejadian memilukan yang dialaminya. Doktor menemukan kerusakan di usus si itik. Kondisi hewan ini dilaporkan beransur pulih, dan masih dalam perawatan doktor hewan setempat. (*)TRIBUNNEWS.COM
Senin, 10 Februari 2014
Sorok mayat bayi dalam almari
Wartawan Sinar Harian
5 Disember 2012
5 Disember 2012
KULIM - Cubaan seorang gadis berusia 20 tahun merahsiakan kelahiran bayinya terbongkar apabila bapanya menemui mayat bayi yang siap dibungkus di dalam almari pakaian anaknya di rumahnya di sebuah perumahan di sini, semalam.
Sebelum itu, bapa gadis berkenaan membawa anaknya berjumpa doktor di sebuah klinik di sini, untuk mendapatkan rawatan selepas anaknya mengadu sakit perut kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.
Pada keesokan harinya, ibu gadis terbabit yang sedang mengemas dapur terjumpa satu objek dipenuhi darah yang diletakkan di dalam plastik dan dia segera memaklumkan penemuan objek itu kepada suaminya.
Untuk mendapatkan kepastian tentang penyakit dialami anaknya, bapa gadis berkenaan membawa bungkusan plastik mengandungi objek itu ke klinik di mana anaknya mendapatkan rawatan, memangkan semasa anaknya berjumpa doktor dia hanya menunggu di luar.
Pada keesokan harinya, ibu gadis terbabit yang sedang mengemas dapur terjumpa satu objek dipenuhi darah yang diletakkan di dalam plastik dan dia segera memaklumkan penemuan objek itu kepada suaminya.
Untuk mendapatkan kepastian tentang penyakit dialami anaknya, bapa gadis berkenaan membawa bungkusan plastik mengandungi objek itu ke klinik di mana anaknya mendapatkan rawatan, memangkan semasa anaknya berjumpa doktor dia hanya menunggu di luar.
Rahsia mula terbongkar apabila doktor memaklumkan objek berkenaan merupakan uri wanita yang baru bersalin dan menasihatkannya untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, doktor yang merawat suspek di hospital mengesahkan suspek bersalin dan bayinya meninggal dunia.
“Bapa suspek meminta suspek menunjukkan lokasi di mana mayat bayi dimaksudkan itu disembunyikan dan menemuinya di dalam almari pakaian di bilik suspek.
Mayat bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia sebelum dilahirkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, doktor yang merawat suspek di hospital mengesahkan suspek bersalin dan bayinya meninggal dunia.
“Bapa suspek meminta suspek menunjukkan lokasi di mana mayat bayi dimaksudkan itu disembunyikan dan menemuinya di dalam almari pakaian di bilik suspek.
Mayat bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia sebelum dilahirkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Langganan:
Postingan (Atom)