Sabtu, 22 Februari 2014

Chelsea Tottenham Mula Langkah Kanan


Chelsea memulakan kempen Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian pengurus baru, Jose Mourinho dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan pendatang baru, Hull City 2-0 di Stamford Bridge, malam tadi.

Terdahulu pada satu lagi perlawanan malam tadi, jaringan tunggal menerusi sepakan penalti Roberto Soldado pada minit ke-50 memberikan tiga mata penuh kepada Tottenham dengan menewaskan Crystal Palace 1-0 di tempat lawan.

Di Stamford Bridge, Frank Lampard mensesiakan sepakan penalti Chelsea seawal minit ke-6 apabila diselamatkan penjaga gol lawan, namun pasukan tuan rumah itu akhirnya berjaya memperolehi gol pertama menerusi Oscar pada minit ke-13.

Lampard kemudian berjaya menebus kesilapan awalnya itu dengan menjaringkan gol kedua Chelsea menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-25.

Penggunaan teknologi garisan gol yang mula diperkenalkan musim ini teruji pada masa kecederaan babak pertama apabila tandukan Branislav Ivanovic yang diselamatkan penjaga gol Hull, Allan McGregor tidak dikira gol kerana dikesan belum melepasi garisan gol.

Selesai sembilan perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris musim baru pada Sabtu dan Ahad, tinggal satu saja lagi perlawanan yang belum berlangsung iaitu Manchester City bertemu Newcastle, jam 3 pagi esok.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar