Minggu, 29 Desember 2013

Tun M Pesan Umno Pilih Golongan Muda Memimpin



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin Umno yang terlalu lama memegang jawatan akan meninggalkan di belakangnya pengikut yang lebih bodoh dari mereka.

Beliau membuat satu lagi peringatan untuk Umno memilih generasi muda meneraju parti itu selepas beberapa kali memberi peringatan agar Umno berubah memilih mereka yang lebih muda untuk memimpin parti itu seperti yang diingankan di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, beliau berkata pemimpin Umno di peringkat akar umbi dikatakan hanya membenarkan ahli baru yang lebih bodoh dari mereka untuk menyertai parti itu.

“Mereka memilih ahli sebegitu untuk memastikan mereka kekal di tampuk kuasa lebih lama lagi,” katanya menjawab soalan seoarang peserta sebuah forum belia di ibu negara hari ini.

Dengan cara itu, kepimpinan parti akan menjadi lemah perlahan-lahan sehingga membawa kepada kebencian rakyat kepada parti.

Umno akan mengadakan pemilihan parti bulan depan, anak Mahathir Datuk Mukhriz yang berusi 48 tahun ialah antara enam calon yang merebut tiga tempat dalam kepimpinan tertinggi parti sebagai Naib Presiden Umno.

Tiga naib Presiden yang menyandang jawatan itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada pemilihan itu juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding selepas tiada pencabar menghantar borang pencalonan mencabar mereka pada hari penyerahan borang lalu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar