Jumat, 20 Desember 2013
VIDEO Siapa ‘Taiko’ Sebenar
![](http://4.bp.blogspot.com/-NLK505M9OlA/Ug3eI-s9JKI/AAAAAAAABNM/PMeSGzvJxbg/s400/Gaduh.png)
Jika anda henda mendidik diri untuk menjadi sabar, kami menemui satu video yang sesuai untuk tujuan itu. Video selama 3:42 ini menunjukkan babak pergaduhan biasa budak-budak di kampung ketika bermain bola sepak.
Pasti ramai diantara kita pernah terjebak dengan babak nakal sebegini. Apabila ada seorang yang konon-konon berlagak samseng seperti dia seorang sahaja yang handal dan pandai.
Disertakan pula dengan watak tambahan yang tukang memberi provokasi berlebihan pada konflik yang sedang berlaku hanya dengan tujun suka-suka melihat dua orang bergaduh.
Namun kesabaran yang ditunjukkan adik berbaju t-shirt biru itu amatlah menakjubkan. Hampir di penghujung baru si baju biru mula melawan pastinya dengan cara budak-budak bergaduh.
Bagaimanapun adik berbaju biru tu ada gaya macam Muay-Thai, sebelum satu tendangan padu terkena pada perut budak yang berlagak yang memulakan sengketa terus membuatkannya mengerang kesakitan lantas tumbang menyerah kalah.
Lihat bagaimana, kesabaran yang tinggi saat di berikan provokasi sebegitu, sehingga tahap kesabaran dah memuncak si pendiam dan pasif akan bangun menentang dengan betul-betul kuat lantas akhirnya menang.
Video ini sekadar perkongsian, butiran lokasi dan sebab mereka berdua ini bergaduh tidak disertakan di dalam video berkenaan.
OLEH : IBNU K
Related Posts : ‘taiko’,
sebenar,
siapa,
video
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar